Top

Soal Jawab Pelaburan Internet & Skim Cepat Kaya

May 10, 2007 by  

OK here’s another attempt from me to write a post in Malay. I hope this will benefit those searching for this info in Malay.

Saya telah menulis tentang panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk membantu orang ramai mengenal pasti pelaburan palsu melalui Internet.

Dalam usaha saya menghasilkan pos tentang Swiss Cash dan pelaburan skim cepat kaya melalui Internet, saya telah terserempak dengan beberapa isu yang sering dijadikan alasan untuk terus melabur dalam skim sedemikian.

Mungkin pos ini tidak akan disenangi oleh sesetengah pembaca, tapi suka tak suka, inilah jawapan saya kepada persoalan yang sering diutarakan berkenaan dengan skim ini.

 

1. Kenapa rakyat Malaysia suka melabur dalam skim cepat kaya?

Sebenarnya bukan rakyat Malaysia saja yang suka melabur dalam skim sebegini. Penduduk negara lain turut terpengaruh dengan skim sebegini.

Bezanya, kurang pendedahan tentang baik buruknya pelaburan skim cepat kaya melalui Internet menyebabkan ramai rakyat Malaysia mudah terpengaruh dengan skim ini.

Tidak seperti yang berlaku di negara-negara maju, buat masa sekarang, belum ada undang-undang khusus yang diperuntukkan untuk menangani gejalah skim cepat kaya daripada beroperasi di Malaysia.

Namun mana-mana syarikat yang mengambil deposit tanpa lesen tetap melanggar undang-undang negara tanpa mengira sama ada ia skim cepat kaya atau tidak. Jadi hakikatnya, pengelola skim cepat kaya tetap menyalahi undang-undang atas kesalahan pengambilan deposit secara haram.

Jika dilihat daripada statistik yang diperolehi dari Alexa.com, kebanyakan laman web skim sebegini mempunyai pengunjung yang majoritinya terdiri daripada rakyat Malaysia .

Trend sebegini sudah wujud semasa zaman kegemilangan 12DailyPro.com dan StudioTraffic.com. Mereka adalah antara pelaburan Internet yang rancak beroperasi sepanjang tahun 2005 dan 2006 dahulu.

Semasa kemuncaknya, 12DailyPro.com berjaya menarik 175,000 pelabur dari seluruh dunia dan ia berjaya mengumpul dana melebihi USD$500 juta dalam masa kurang daripada sembilan bulan beroperasi. 87,000 daripada pelabur 12DailyPro.com terdiri daripada rakyat Amerika dan selebihnya pelaburan luar Amerika.

Yang menariknya, hasil daripada siasatan Thomas F. Lennon, individu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk menyiasat dan mengambil alih 12DailyPro kerana beroperasi menyalahi undang-undang, beliau mendapati kumpulan pelabur luar Amerika teramai terdiri daripada rakyat Malaysia.

Anda boleh muat turun laporan rasmi dalam benduk PDF hasil siasatan tersebut di sini.

Mungkin rakyat Malaysia suka mengambil jalan singkat yang tidak memerlukan usaha untuk menjadi kaya-raya tanpa menyedari jika sesuatu itu ‘sounds too good to be true – it probably is’.

Maksudnya jika sesuatu itu terlalu baik untuk dipercayai – sememangnya ia tidak sepatutnya dipercayai kerana ia tidak sebaik seperti yang diwar-warkan.

Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan

 

2. Kerajaan ingin mengharamkan skim cepat kaya kerana mereka tidak dapat mendapat keuntungan hasil cukai daripada operasi skim sebegini.

Pengharaman dilakukan kerana skim-skim ini beroperasi tanpa lesen dan mengambil deposit daripada orang ramai secara haram. Skim sebegini tidak dilesenkan kerana modus operandinya berunsurkan penipuan yang bakal merugikan majoriti para pelabur. Kenapa kerajaan harus mengiktiraf perniagaan yang beroperasi melalui penipuan?

 

3. Skim pelaburan Internet beroperasi secara sah dan tidak wujud unsur penipuan. Keuntungan aku mencecah [ isi tempat kosong ] ribu dollar Amerika sebulan dalam skim ini. Kalau tipu kenapa aku untung?

Skim cepat kaya bermula apabila beberapa bakal pelabur terpengaruh dengan potensi yang menjanjikan pulangan lumayan dengan pelaburan kecil berisiko rendah walaupun tanpa sokongan trek rekod yang boleh dipercayai.

Selepas mendapat pulangan yang dijanjikan, sifat tamak mula menguasai diri. Pelabur-pelabur tersebut mula melaburkan lebih banyak wang ke dalam skim ini.

Dalam masa yang sama berita gembira tersebut mula tersebar kepada orang lain supaya mengambil peluang keemasan ini. Makin ramai yang melabur, makin ramai yang melihat pelaburan mereka memberi pulangan lumayan seperti yang dijanjikan.

Namun, realitinya, keuntungan yang dinikmati oleh pelabur awal datang daripada pelaburan baru. Ia bukan hasil keuntungan daripada pelaburan persisir pandai, pelaburan luar negara atau apa-apa pelaburan yang diwar-warkan oleh pemilik skim ini.

Contohnya, apabila pelabur D melaburkan wangnya, wang tersebut digunakan untuk membayar ‘keuntungan’ pelabur-pelabur A, B dan C. Apabila pelabur-pelabur X, Y dan Z melabur, wang mereka diagihkan untuk membayar ‘keuntungan’ para pelabur A hingga W.

Tapi aliran masuk ‘wang segar’ akan terhenti apabila tiada lagi pelabur baru yang masuk di bawah pelabur X, Y dan Z. Masa inilah pembayaran keuntungan yang dijanjikan akan berhenti.

Salah satu sebab mengapa skim ini kelihatan seolah-olah berjaya ialah kerana hampir semua pelabur awal yang telah menerima pulangan melaburkan kembali wang ini ke dalam skim tersebut. Tindakan mereka ini tidak menghairankan memandangkan pulangan daripada skim ini jauh melepasi keuntungan yang mereka boleh nikmati daripada pelaburan lain. Bagi mereka itulah bukti kesahihan skim tersebut untuk terus melabur.

Berbalik kepada persoalan di atas, kebiasaannya ramai di kalangan pelabur masih belum dibayar secara tunai atau memilih untuk memusingkan keuntungan awal mereka untuk menggandakan keuntungan. Mereka cuma disogokkan dengan penyata maya melalui laman web skim tersebut yang menunjukkan sejumlah wang yang kononnya sudah menjadi milik mereka.Wang tunai ini milik pengelola skim bukan anda. Tidak ada wang tunai yang keluar dari kocek pengelola skim ini selagi ia tidak dikeluarkan oleh pelabur.

Jika ada di antara pelabur yang cuba mengeluarkan wang mereka, yang bernasib baik akan mendapat wang tersebut. Tetapi ada di kalangan mereka yang dibatalkan keahlian serta-merta tanpa penjelasan munasabah dan pelaburan mereka hilang begitu saja.

Ini masalahnya – akan tiba satu peringkat di mana salah satu daripada tiga perkara di bawah akan berlaku

  1. Pengelola skim cepat kaya akan menghilangkan diri bersama semua wang pelaburan yang masih berada di tangan mereka.

  2. Skim tersebut akan runtuh atas bebanan sendiri. Ini berlaku apabila, kemasukan duit baru mula berkurangan dan pengelola mula menghadapi masalah membayar pulangan lumayan yang dijanjikan. Di sinilah timbul alasan-alasan dari pengelola skim ini yang sebenarnya bertujuan untuk melambatkan pembayaran wang. Berita mula tersebar dan para pelabur mula bimbang dan berlumba-lumba mengeluarkan wang pelaburan mereka sekaligus.

  3. Modus operandi skim ini didedahkan. Apabila pihak berkuasa mula mengkaji rekod transaksi skim sebegini, mereka mendapati aset-aset yang diwar-warkan sebenarnya tidak wujud.

 

Memang telah ditakdirkan yang skim cepat kaya akan berakhir melalui mana-mana situasi di atas. Skim ini ditubuhkan untuk gagal dan itulah hakikat yang sebenarnya.

 

4. Daripada contoh yang kau berikan, nampaknya hampir semua pelabur dari A hingga W menerima bayaran, yang rugi cuma pelabur X, Y, Z. Jadi sebenarnya keuntungan pelabur yang menyertai skim-skim ini terjamin selagi mereka menyertainya dari peringkat awal lagi.

Pemikiran sebegini bukan saja merugikan tapi merbahaya. Penyertaan awal dalam skim ini tidak menjamin anda mendapat keuntungan.

Seperti yang saya jelaskan di atas, ramai pelabur A hingga W belum mengeluarkan wang mereka kerana melaburkan kembali untuk mendapat keuntungan yang lebih besar. Laman web skim bertindak untuk mengaburi mata pelabur yang kononnya sudah dibayar melalui penyata online.

Banyak skim-skim ini ditutup begitu saja beberapa minggu selepas dibuka. Sebagai contoh, saya sendiri boleh mencipta laman web skim cepat kaya dan mengumpan ahli baru dari mana-mana forum supaya menyertai skim saya yang gemilang itu. Orang yang tamak akan menyertainya tanpa berfikir panjang lebar dan memasukkan deposit minimum 20 dolar seperti yang disyaratkan oleh saya.

Selepas saya menerima 10 ahli saya boleh menutup laman web tersebut begitu saja tanpa dikesan. Saya sudah mendapat 200 dolar. Perbelanjaan untuk membuat laman web tersebut kurang 20 dolar. Jika saya punya 10 laman web, keuntungan saya mudah mencecah 2000 dolar. Jika saya sanggup menunggu lebih lama, saya mampu mengaut keuntungan jutaan dolar daripada pelabur yang gairah tapi tidak tahu mereka ditipu.

 

5. Ini semua salah kerajaan kerana mengharamkan skim cepat kaya. Jika tidak lebih ramai yang bakal menikmati keuntungan.

Setahu saya kerajaan belum mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengharamkan skim cepat kaya dari segi undang-undang – betulkan saya jika saya salah. Saya tahu ia telah diharamkan oleh majlis fatwa kebangsaan. Apa yang berlaku ialah, buat masa sekarang kerajaan hanya menyiasat dan mengeluarkan amaran berkenaan syarikat atau laman web yang tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti.

Samaada kerajaan mengharamkan skim cepat kaya atau tidak. Ia tetap akan ditutup bila-bila masa dan yang menutupnya tidak lain tidak bukan pemilik skim itu sendiri. Sekurang-kurangnya itulah yang berlaku pada masa sekarang.

 

6. Jika kerajaan beria-ia sangat nak haramkan skim cepat kaya di sisi undang-undang kenapa tak haramkan rokok, arak dan perjudian sekali?

Saya tidak ingin menyentuh persoalan ini dari prespektif agama. Tapi ini jawapan saya:

Rokok
Rokok dan amalan merokok telah dipraktikan sejak dahulu kala lagi. Datuk-datuk dan nenek-nenek di kampung tak perlu ditipu oleh para pengilang rokok untuk mengamalkan kegiatan merokok sebagai gaya hidup berprestij. Malah dalam kotak rokok pun diletak amaran yang ia membahayakan kesihatan. Skim cepat kaya pula menjamin pulangan lumayan tanpa menjelaskan risiko sebenar dan modus operandi skim tersebut. Ini adalah satu penipuan.

Arak
Saya tidak fikir ada unsur-unsur penipuan dalam penjualan arak. Jika anda mengatakan iklan arak cuba menipu penonton dengan mesej glamour berunsur seks yang seolah-olah memberi manfaat kepada peminum arak – jawapan saya itulah iklan.

Stesen-stesen TV turut menggunakan seks untuk menarik minat penonton. Majalah wanita menjanjikan anda menjadi wanita berjaya, glamour, menawan dan berambut hitam ikal mayang jika membaca keluaran mereka. Adakah ini satu penipuan?

Perjudian
Perjudian menjanjikan satu kemungkinan. Individu yang berjudi tahu untung rugi bukan ditentukan oleh syarikat perjudian tapi berdasarkan nasib masing-masing. Syarikat skim cepat kaya sendiri menjanjikan kekayaan dalam masa yang singkat untuk semua orang. Malangnya ramai pelabur yang tidak menyedari bencana yang bakal menimpa mereka.

 

7. Bukankah perniagaan jualan langsung dan MLM dan skim cepat kaya benda yang serupa?

Tidak. Kebanyakan syarikat jualan langsung seperti Amway turut menjual produk fizikal. Para pengedar tidak diwajibkan untuk menaja pengedar baru untuk mendapat keuntungan. Amway ditubuhkan pada November 1959 di Amerika Syarikat dan mula bertapak di Malaysia pada 1976.

Setahu saya tidak ada skim cepat kaya yang mampu bertahan dan terus beroperasi selepas sekian lama. Kebanyakan skim pelaburan cepat kaya melalui Internet mempunyai jangka hayat kurang dua tahun.

Skim yang lebih popular mungkin bertahan selama 3-4 tahun, malangnya lebih lama satu skim itu bertahan lebih dramatiklah kemusnahan yang bakal menimpa para pelabur.

Di samping itu, kebanyakan syarikat MLM menjelaskan kepada para pengedar dari mana keuntungan itu diperolehi. Skim cepat kaya memberi pelbagai alasan kabur untuk menyembunyikan fakta ini.

Tapi ingat, ada diantara skim cepat kaya yang berselindung di sebalik perniagaan jualan langsung atau peluang perniagaan lumayan. Sila rujuk kepada senarai amaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk maklumat lanjut.

 

8. Aku mula melabur sejak 2005 dalam skim cepat kaya dan pelaburan aku kini melebihi US100,000 dalam skim ini. Buat masa sekarang aku mendapat pulangan USD60 ribu sebulan. Gaji kau sampai tak sampai pun USD60 ribu sebulan.

Jika inilah alasan untuk membuktikan skim cepat kaya adalah perniagaan yang sah, maka saya bersimpati dengan anda. Sila baca jawapan no 3 dan 4.

Oh bukan saya ingin bermegah tapi jika pendapatan saya melebih USD60 ribu sebulan, ia akan kekal lebih lama daripada pendapatan anda melalui skim cepat kaya yang sebenarnya hanya dinikmati secara maya.

 

9. Yang kau menyibuk ni apasal? Aku punya duit suka hati akulah apa nak buat. Untung rugi aku tanggung sendirilah. Skim ini telah mengubah hidup aku.

Saya cuma berkongsi pendapat tentang keburukan skim cepat kaya dan pelaburan melalui Internet.

Alasan yang anda berikan sebenarnya merupakan alasan yang sama yang telah digunakan oleh para pelabur dalam skim-skim cepat kaya yang telah gulung tikar. Kebanyakan mereka sekarang menanggung kerugian dalam diam.

Saya tidak nafikan ada di kalangan pelabur yang untung tapi ini tidak bermakna skim ini sah. 10 atau 1000 mungkin sudah mendapat pulangan. Tapi mungkin tidak pernah terlintas di fikiran anda yang 10,000 pelabur menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit. Jika skim ini runtuh dah pelabur awal masih belum mengeluarkan wang mereka, tidak ada siapa yang untung kecuali pemilik skim ini.

Berapa ramai keluarga yang porak peranda, pelabur yang dikejar along atau bermati-matian membayar pinjaman bank selepas impian mereka hancur begitu saja?

Orang yang sebenar-benarnya kaya adalah penganjur skim ini bukan anda. Dan orang yang rugi mungkin bukan anda, tapi ribuan pelabur lain yang anda tidak kenali. Jika anda pentingkan diri sini, mungkin kenyataan ini tidak memberi apa-apa makna kepada diri anda.

10. Selalunya orang yang memburukkan skim cepat kaya terdiri daripada mereka yang tidak pernah menyertai skim ini. Kalau takut rugi tak perlu melabur.

Adakah seseorang itu perlu menyertai skim cepat kaya untuk mengenal pasti baik buruknya skim ini? Ratusan ribu orang telah rugi melalui skim sebegini itu sudah cukup untuk mengelakkan dari melibatkan diri.

Secara peribadi saya turut mengenali individu yang mengaut keuntungan. Oleh kerana saya faham modus operandi skim cepat kaya, saya tidak melihat ini sebagai bukti kesahihan skim ini. Namun, setahu saya lebih ramai yang menanggung kerugian daripada keuntungan dan itulah hakikatnya.

Saya juga pernah untung dan saya juga pernah rugi jadi saya fikir saya juga layak untuk berkongsi pengalaman. Lebih banyak kerugian yang saya tanggung dari keuntungan.

Kepada yang belum terjebak di dalam skim cepat kaya, saya sarankan elakkan daripada melibatkan diri. Kepada yang sudah melabur keluarkan duit anda secepat mungkin – selagi boleh.

Jika anda tidak peduli dengan kerugian yang ditanggung oleh orang lain dan ingin terus melabur dan berkempen – teruskan pentingkan diri anda sendiri jika itu mengembirakan anda dan tunggulah kerugian yang bakal menimpa – jika anda belum mencapai keuntungan.

Jika ada apa-apa isu yang kurang jelas. Sila tanya dalam bahagian komen di bawah.

Jika anda dapati pos ini memberi manfaat – sila link dari blog anda atau rekomen rakan anda untuk membacanya. Terima kasih!

Kredit: Wikipedia

Did you enjoy this post? Please subscribe via RSS or email.

Related posts

Comments

RSS feed | Trackback URI

31 Comments »

Comment by Turk
2007-05-11 09:15:35

Bravo Gaman
Saya setuju dengan penjelasan / ulasan anda mengenai topik yang hangat ini. Kebiasaannya, seorang pelabur (terutamanya “upline”), akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk menyakinkan seorang “prospect” untuk melabur. Ini adalah untuk memastikan kesinambungan “mimpi mimpi indah” dalam skim cepat kaya ini. Walaupun secara nyata ini adalah skim “siapa masuk dulu dia untung” :)

 
Comment by Jimmy Subscribed to comments via email
2007-05-11 10:09:56

Well…hope they learn that there is no such thing as quick money..unless you are talking about bank robbery then that different. So beware of those get rich scheme out there.

If the government endorse it then it might be valid, but again government endorse paper can always get it easily from those unscrupulous people.

 
Comment by KingKimo
2007-05-11 10:14:33

Apa sia paduli. Saya kana bayar skarang. Masing-masing kita cuba nasip… haha haha haha.. Kalau brani..labur… kalau takut… jangan cuba-cuba… nanti blame orang lain pula. Siapa mau labur, tanggung sendiri…jangan kasi salah orang lain kalau investment kiok. This is a free world… we are free to accept our own calculated risk. While doing nothing is a risk in itself.. better take some calculated risk. It’s a matter between the devil and the deep blue see.

Comment by Gaman
2007-05-11 10:36:57

Semua ‘cheerleaders’ cakap begitu. Macam dejavu saja bagi saya. Tapi lepas skim itu lingkup diam diam sudah.

Bukan Bank tidak mau accept urusan sama akaun skim kau kah? Mau runtuh sudah tu sekarang – masa bergembira akan hancur tak lama lagi.

 
 
Comment by Jimmy Subscribed to comments via email
2007-05-11 10:21:28

Well of course this is a free world and you can do wat ever you want wit your money. So I hope your pocket is as deep as the ocean.

 
Comment by wogox
2007-05-11 11:48:11

Skim ni subur pasal org Msia ni mostly bukan bisnes minded.. gambler ada lah..

sana group-group Sabahan d friendster, kalo ada jak orang mengiklan ni barang trus sia kacau tu. Stakat karang trok semua dorang sia kenakan.. hahahaha.

 
Comment by kHATI
2007-05-12 13:19:49

Memang ada betulnya apa yang dikatakan tetapi apa nak buat sudah terjatuh baru dengar orang kata jangan. Entahlah……. Dah nasib badan…….. Kurang ilmu agaknya…….. tp nasib baik dapat selamat kakak dari terjerumus dengan jumlah yang lebih banyak tapi kesian tak dapat apa apa…….. rasa risau…… takut…. kecewa…….. menyesal……. bermacam2. Memang tanggung rugi tapi malu nak cerita dengan orang lain sebab tahu salah sendiri………..

 
Comment by long
2007-05-20 02:46:02

Saya ingin respon tentang saham di Malaysia. Sejak pengharaman HYIP, kerajaan telah memberi jalan lain untuk membantu. TETAPI jalan yang diberi itu memakan masa yang lama untuk mendapatkan untung. Contohnya melabur ke dalam PNB, ASB dll. Sedangkan rakyat sekarang ini terdesak oleh kos sara hidup yang tinggi, seperti bil, pinjaman kereta, dll. Tambahan lagi sekarang, belum lagi diumumkan dan dilaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam…harga barangan keperluan harian dah naik! Itukah namanya membantu rakyat? Kalaulah saya melabur ke dalam ASB sekarang ini, mampukah ia membantu saya dalam jangka masa sekarang? Betullah pulangannya tetap dapat dan terjamin, TETAPI berbaloikah untuk menunggu? Pihak bank tentu ketawakan kita sekiranya bayaran ansuran bulanan kita janji bayar guna duit pelaburan di ASB.
Pada pendapat saya, sebilangan orang/mangsa yang melabur ke dalam skim HYIP ni…sebenarnya bukan nak kaya sangat, tetapi sekadar untuk membantu menampung kos perbelanjaan harian sahaja. Bagi mereka yang bekerja dan mendapat gaji yang besar, saya fikir, kuranglah terpengaruh dengan HYIP ni kerana mereka mampu. Salah satu contohnya, tiada pula menteri atau orang-orang kaya yang tampil di kaca TV memberitahu bahawa mereka telah menjadi mangsa HYIP ni. Kalau ada juga tentu mereka malu nak tampil kerana terbuktilah bahawa mereka sendirilah yang tamak! Saya hendak memberi banyak lagi perkongsian saya tetapi bukan sekarang. Sebelum saya akhiri ‘comment’ ini, sila renungkan apa yang saya katakan tadi. Persoalannya, skim HYIP sebenarnya susah mempengaruhi masyarakat sekiranya pihak kerajaan membuat pemantauan awal kerana “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Sekian.

Comment by Gaman
2007-05-20 20:51:38

Seperti juga dengan benda-benda lain dalam hidup kita, tak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Nak senang, kena berusaha. Kalau malas jangan harap jadi senang.

ASB tu kira pelaburan paling bagus – ia stabil dan pulangan antara yg tertinggi di Malaysia.

Kenapa kita harus memandang serong terhadap peluang keemasan ini? Kat US atau Jepun, jangan haraplah ada peluang pelaburan begini dari kerajaan mereka. Jangan pula di beri betis hendakkan peha.

 
 
Comment by tertipu
2007-05-20 13:03:42

ahh mengok semua skim2 ni..first time join terus portal web tu diharamkan kerajaan..lenkali takyah join2..168 pun duit gak.

 
Comment by pinolobu Subscribed to comments via email
2007-05-23 01:10:03

i thought i posted something last week, but it didnt appear here. anyway it was to thank you for engaging me in our little debate at kadusmusic.

 
Comment by long
2007-05-28 21:26:59

(Yahuuu!!!gaji dah naik…)Saya akui ‘usaha’ itu teras kehidupan untuk maju. ‘Malas’ bererti dosa atau apa2 yg seangkatan dengannya. Sebenarnya isu ASB tu, saya gunakan sebagai contoh saja, bukannya saya menidakkan kebaikan apa jua amanah saham di Malaysia. Isu yg saya hendak ketengahkan ialah tentang KOS SARA HIDUP bukannya menabung untuk hari tua. Saya percaya ramai di antara kita mempunyai akaun di mana2 amanah saham di M’sia. Syabas!!!. Tetapi berapa banyak sangatkah rakyat seperti saya mampu untuk menabung?Di akhir tahun, berapa sangatkah dividen atau bonus yg dpt?Akhir2 semua itu habis utk bayar pembaharuan road tax dan insurans kereta…kesian…tapi syukurlah drpd tiadakan…jadi sepanjang tahun yg berikutnya amacam? Bermulalah lagi episod gali lubang tutup lubang…SEBENARNYA isu semasa yang timbul di arena dunia nih…tak kiralah sesebuah negara itu kaya, miskin, berkrisis perang, dll…manusia tetap menganggap duit adalah segalanya. Tak caya? Saya cabar sesiapa sahaja yang bekerja makan gaji tu beritahu bos anda bahawa yg anda sanggup kerja tanpa gaji…kerja amal je…ada berani?Potong sayurlah kalau ada sesiapa berani…kalau adapun…tahniah semoga anda bahagia. Ingat sebesar mana gaji yang kita perolehi tu, begitu lah juga perbelanjaan kita (betulkah…??jawab sendiri) Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana kerajaan prihatin dan pentingkan kebajikan rakyat…terima kasih Malaysia…terima kasih pada Tuhan.

Berhubung dengan saham tadi tu, ‘point’ saya dari awal ialah mengapa pula pemimpin kita hanya mengesyorkan menabung di dlm amanah saham padahal ada banyak lagi jalan lain? salah satu contoh setakat nih yg boleh saya beri ialah (ditujukan kepada yg gian sangat untuk bermain saham menerusi internet tetapi ‘jara’ sudah dengan yg tak berlesen dan haram tuh)bermain saham di bursa saham malaysia dan foreign exchange di bawah bank negara malaysia…nahkan! terbeliak mata korang…tentu ada yg berkata…BURSA SAHAM! Tentu mahal..foreign exchange…bank negara…mustahil… Tak caya layarilah laman nih>>>>http://www.itradecimb.com/bin/home.asp>>>>http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=22&tpl_id=181

Comment by Gaman
2007-05-28 21:47:27

Setahu saya kerajaan tidak menghadkan pelaburan dalam ASB – itu terpulang pada inisiatif sendiri. Paling bagus buat business sendiri. Kalau berani tanggung risiko skim cepat kaya kenapa takut dengan risiko bisnes?

Atau rakyat Malaysia ni memang malas nak berusaja. Asyik nak kaya melalui jalan singkat. Cakap pasal dividen ASB, saya dapat 5 angka setahun.

 
 
Comment by long
2007-05-28 23:17:41

Memang benar kalau besar kita menabung besarlah habuannya, tetapi isu di sini, perspektifnya luas,setiap insan di dunia ini unik@tersendiri, yang sama mungkin secara kebetulan, insan inilah sendiri yg mencorakkan bagaimana dia mahu berjuang untuk hidup dan terus hidup…

Bisnes sendiri?
Ini adalah salah 1 jalan untuk senang (senang ke?)dan sah dari segi undang2(sah ke?)
cuba renungkan pula isu ini, pepatah ‘orang tamak selalunya rugi’ vs. frasa ‘pandai merebut peluang’… cuba kaitkan dengan para peniaga.

Peniaga nih juga adalah tergolong di dalam insan spt yg saya katakan tadi, berjuang untuk hidup, tujuan mereka ialah untuk memajukan bisnes mereka (tak kiralah bisnes sah ke atau haram). RISIKO? Lantaklah… janji dapat untung. Mulalah ‘menapuk’ bekalan untuk tujuan kenaikan harga, kos ini dan itu dijadikan alasan utk menaikkan harga dan lagi parah bisnes jual dadah (bisnes jugakan). Apahal ini berlaku? Nak senanglah…. TAPI selamatkah, kerajaan tak akan tutup mata, illegal is illegal, TUTUP KEDAI!SAMAN!TANGKAP! baru tau korang…TETAPI, kenapa mereka buat sedemikian? mereka akan kata, ‘mau bayar balik pinjaman cepat sikit’, ‘orang lain buat, saya pun buatlah’, ‘pok silap’, ‘sekali buat tentu kaya, kalau dah kaya, stoplah, buat bisnes halal pulak’ dan mcm2 lg yg tak dapat saya bayangkan…

Kaitkan pulak isu peniaga nih dengan orang kerja makan gaji, mereka mau cari duit mcmana lg? bisnes?drebar teksi sapu?bas sapu?sekuriti sambilan?Main loteri? Jackpot?toreh getah?…semuanya berisiko bah, last2 labur kat HYIP…muahahahaha

Saya fikir bg insan yg berpendapatan lebih 5k tuh kuranglah mempunyai masalah seperti isu tadi tu coz mewahkan (mewah ke)…

Apa pun nak cari rezeki nih mestilah berlandaskan lunas2 yang baik dan dapat diterima pakai oleh semua orang. Sah dari segi agama masing2 dan undang2…kannnn?

Comment by Gaman
2007-05-28 23:59:11

Saya tak faham apa yang awak cakap. Sorry. Yg penting kita sama-sama setuju skim cepat kaya itu jalan yang salah. Peace.

 
 
Comment by long
2007-05-29 00:41:28

Ringkasnya maksud yg berjela2 tuh ialah jangan anggap mangsa HYIP nih salah 100% coz mereka memperjudikan wang mereka sendiri semata2 utk terus hidup

Comment by Gaman
2007-05-29 00:47:46

(terus hidup ker?)

 
 
Comment by long
2007-05-29 01:08:30

hahahaha… tak ler sampai immortal gitu sekali. Teruskan kehidupan yg penuh ngan pancaroba nih laaa… apalaa buat tak paham jaa

 
Comment by kalabatu
2007-06-10 20:10:04

Nah, apa saya bilang.Jangan suka main dengan pelaburan kalau tidak pandai menilai mana satu pelaburan yang kasi rampas itu duit urang dan yang tidak.Hem, saya pun suka melabur.Malahan tiap-tiap pagi.Kalau saya tidak melabur,hai,rasa tidak sihat.

Macam mana korang ?memang pelaburan tu ada baiknya juga tapi kena pandai menilailah.kalaupun tiada sijil untuk membuat penyelidikan tapi yang paling penting ialah ada utak yang bulih berfikir.Ui , ilang RM1 pun saya susah hati oh,tidaklah susah hati sangat.Sebab kalau saya butul-butul suka makan mi sup, haya…tertelan2 juga air liur kalau teda makan tu .

pasal halal dan haram tu,begini cetanya.Kalau saya nak haramkan pelaburan tu,haya….kenalah cik butul2.AH, malas lah nak cakap pasal pelaburan.Saya pasti setiap orang , pagi-pagi lagi sudah pegi melabur.Kalau tidak melabur , bahaya bah !!! jadi haram kaitu melabur ? suing !!! saya kasi kentut kamurang nanti.Baru tau !! saya ni urang kampung.Tidak tau apa kamurang sakap.

Pasal numbur ekur , kalau numbur ekur itu haram, bagus kasi ganti dia numbur bertuah.Sebab numbur ekur ni macam lain bah.Semua ada ikur laitukan kalau itu masam.

Pasal suka berjudi,ala….di rumah saya pun saya berjudi dengan kawan-kawan.Main tikam-tikam duit.ada 10 sen,20 sen.bolehlah.Sukup-sukup beli mi sup kalau manang.

Pasal urut mengurut batin dan tenaga urut,em.Minta urut sama babun ba.Banyak babun bekeliaran sana sandakan tu.OH , maaf , saya bukan mo kumpilin ni ah.Mo buka mata semua urang.

Sekali lagi, saya suka melabur !! mari kita melabur !!! yeah !!! Kalau saya melabur pun kana kasi haram , jangan main-main.Nanti saya kasi tiup-tiup kamurang pakai jampi-jampi.Baru kamurang tau.

UNtuk yang suka melabur,teruskan melabur tapi jangan bertempiaran.Melaburlah di tempat yang betul.Kalau tiada tempat sudah mo melabur,pigilah di hutan.Jangan urang dingar sija.Pandai-pandailah ko kasi tapuk tu pelaburan ko.Kalau ada dog lagi bagus,tarus dia makan.Hahahahahaha…..

 
Comment by org yg nk thu Subscribed to comments via email
2008-05-13 11:49:36

adew syrkat baru yang tawarkan aku join pelaburan currency nie..
tp aku cek name company nie xdew pown dlm suruhanjaya sekuriti 2 ..
mknenye company nie btl kew bley malbur sbb duit dye diuruskn melalui bank???
company ni xpegang duit langsung..
tolong aku..

 
Comment by asmur
2008-07-31 16:49:20

adakah pelaburan internet itu merupakan program cepat kaya?

Comment by Gaman
2008-07-31 17:28:54

Depends on which one you are talking about

 
 
Comment by rudy
2009-04-02 11:14:50

memamg tepat apa yang dikata.terbaru dinaatau koperasi takwa penipu besar.

 
Comment by wangmaker.com Subscribed to comments via email
2009-09-05 20:42:12

Saya cuma percayakan program reseller ebook dan affiliate saja sekarang ni. Memang dapat duit bah kalo dibuat dengan cara yang betul. Malangnya banyak yang tiru² skim ebook reseller ni tanpa daftar perniagaan. Saya suka join sebab ini macam hiburan bagi sia. Seronok bah kalo apa yang kita usahakan tu nampak hasilnya. Lagipun ya lah, saja² bah, daripada pi logop sana-sini, beli dadah ka, main perempuan ka, buang masa tengok website blue ka.. bagus sia spend duit try benda² ni..itu pendapat saya lah nda tau la korang macamana.

Banyak pengalaman yang saya dapat join program² buat duit online ni. Saya setuju kalau saudara bilang yang join terdahulu untung. Selalunya memang begitu terutamanya program investment online.Tapi ada kekecualian, nda sama kalo join program reseller ebook.
Tapi kalo join reseller ebook punya program,lepas tu duduk diam² memang nda bulih dapat duit punya.Ebook yang dijual tu saja lah kita dapat. Kalau kita pandai guna untunglah kalo nda..makan space saja tu ebook dalam hardisk. Ebook yang saya beli sudah dekat² 3 gig hehe. Banyak yang menarik, banyak yang bodo² saja. Yang minat saya ebook yang berkenaan buat website dan SEO.. em sama resepi hahaha.. sia suka masak kenapa ada problem?? joking only bah..

Ramai yang rasa tertipu join program reseller ebook ni, sebab masa diorang join, ahli² yang mengiklan website ni suka buat iklan yang megelirukan orang. Contohnya iklan yang bilang ‘duduk diam² pun boleh dapat duit’.MANA BOLEH DAPAT DUIT TEDA USAHA? kalo ada lama sudah sia kaya-raya sebab sia memang suka duduk diam-diam :) . Beli lutarai pun kena keluar modal juga bah. Awal-awal lagi dalam TOS website sudah beri penjelasan. Dapat duit jadi reseller tu sampingan sahaja. Yang betul diorang mau jual buku diorang tu ish³.. tu la salah paham kan??
penting tu baca TOS.

Dulu saya juga join tu 12dailypro.com sama banyak lagi tu program paid to clik la, autosurf la… Ada yang bayar tapi kebanyakkannya tipu. Sia punya egold ada lagi balance dalam USD $310. Sia rasa bagus sia buat bayar game online tu hehehe.
Sikarang sia pakai paypall saja lagi bagus, sebab dah ada kredit kad sendiri… dulu pakai kakak sia punya paypall.. Saya Join banyak program reseller ebook luar negara punya.Ok juga income dia tapi nda tetap, tu ja masalah dia. Sia skarang try malaysia punya ebook reseller ni tapi kecewa sikit sebab buku² yang diorang jual pernah sudah sia baca. Semua bahasa Inggeris. Whateverlah.

Sia nasihatkan kalau korang mau join ini program reseller pilih yang duit terus masuk akaun kita. Sejujur mana pun tu admin sesebuah website ebook reseller tu, kalo dah kaya diorang akan tutup website diorang.. Pelik betul juga bah? sepatutnya kalo dah berjaya tu teruskan lagi kan??

Sendiri mau ingat lah. kaji dulu betul² tu program kalo mau join.
Pelaburan haram tetap risiko tinggi.Sia pernah rasa sudah rugi, so nda mau join lagi.Kalo ada siapa² mau join juga, dapat untung sikit² terus kasi keluar nda la banyak airmata hilang kalo website tutup dan syarikat tu tiba² ‘terbengkrap’. :)

 
Comment by eman. Subscribed to comments via email
2009-10-15 02:45:07

aku still study.. tapi aku tau sangat sal pelaburan internet ni. mula2, memang banyak yang happy coz dapat sringit dua.. member aku pena join. at last, dia rugi truk…

cuma aku nak tau sal forex, bole atau x r?

 
Comment by skim lagi
2009-12-07 16:52:48

aaaahhhhh…ni la ni skim cepat kaya ni. orang tidak serik2 mau ikut. hari tu sia balik saja kerja, terus kana perkenalkan dengan skim cepat kaya. heran betul la…sudah terang2 skim itu skim penipu, mau lagi promote. terbaru di sabah…
1. Smart Global International (kunun2 kana bagi kad)
2. Program Smart A (ini pula untuk education)

Tak tahu la kedua-dua tu skim cepat kaya tapi asalkan mau cari downline tu, mimangla sah skim cepat kaya ba kan. kedua-duanya dianjurkan kununnya oleh jutawan.

jadi, jaga2 la kamu. dorang bilang, Education Minister sudah approve, Menteri sudah rasmi….come on la bro!!!! ini kes seperti em-pay ba dulu. BERHENTI TIPU ORANG KAMPUNG LA….susah paya dorang cari duit untuk hidup, kamu tipu pula!!!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post

Bottom