fbpx
14

Skim Cepat Kaya – Penipuan Di Sebalik Pelaburan Internet Palsu

Posted on 24th April, 2007

There is a lot of good information on the Internet warning unsuspecting investors about the dangers of investing in an illegal Internet get rich scheme. However many of these articles are written in English and as we know there are many people who are searching for this info using Bahasa Melayu.

So for the benefit of these searches and as an experiment, I am writing this blog post in Bahasa Melayu. Here we go:

Pelaburan skim cepat kaya melalui Interent kerap mengisi buletin berita di kaca TV mahu pun dada-dada akhbar ahir-akhir ini. Tidak menghairankan skim-skim ini menjadi perhatian pihak media apabila ia semakin mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai yang cuba mencari jalan singkat untuk menjadi kaya.

Walaupun kebanyakan skim pelaburan melalui Internet mengatakan mereka berpusat di luar negara, sedikit siasatan menggunakan Alexa membuktikan skim-skim begini ini sebenarnya paling popular di Malaysia.

alexa-swisscash.gif

alexa-eaindex.gif

alexa-swedenfund.gif

alexa-al-arabic.gif

 

Adakah ini menunjukkan rakyat Malaysia secara umumnya mudah terpengaruh dengan skim-skim sebegini dan memang sifat rakyat Malaysia suka mencari jalan pintas yang tidak perlu menuntut keringat untuk menjadi kaya?

Atau adakah kebanyakan skim-skim sebegini sebetulnya berasal dari Malaysia namun fakta ini disembunyikan oleh pengurus skim berkenaan untuk mengelakkan masalah dengan pihak berkuasa tempatan?

Jika pengasasnya berada di Malaysia, maka tidak hairanlah kenapa kebanyakan skim ini paling popular di Malaysia kerena mereka bebas bergerak mempromosi skim mereka sana-sini.

 

Mengenali Pelaburan Sah dan Pelaburan Palsu

Frasa “pelaburan internet” terlalu umum untuk mewakili semua jenis pelaburan dalam talian dan adalah tidak tepat untuk melabelkan semua pelaburan Internet sebagai satu penipuan atau palsu.

Jadi persoalannya sekarang bagaimanakah kita boleh mengenal pasti pelaburan palsu dan pelaburan sah yang diiktiraf oleh kerajaan?

Suruhanjaya sekuriti telah mengeluarkan panduan untuk membantu bakal pelabur mengenali laman web pelaburan palsu.

Laman web pelaburan palsu biasanya mempunyi ciri-ciri berikut:

  1. Laman web ini menawarkan skim pelaburan yang amat menarik yang mendakwa ia boleh memberikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah. Ia juga menggunakan alamat pejabat yang berkaliber jika maklumat ini disediakan.
  2. Ia menawarkan program pelaburan rahsia dalam pasaran pelaburan tertutup (private investment market), atau pulangan lebih tinggi daripada pulangan purata pasaran.
  3. Pengurus mendakwa mereka sebagai pakar pelaburan, yang mempunyai rekod pelaburan yang sempurna. Walau bagaimana pun identiti sebenar mereka tidak boleh dipastikan.
  4. Tiada dokumen yang menunjukkan aktiviti pelaburan dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan. Sesetengah laman web mendakwa aktiviti mereka tidak memerlukan lesen kerana berpusat di luar negara.
  5. Cadangan dan nasihat untuk membeli/menjual stok-stok tertentu disampaikan melalui e-mail, SMS atau laman web pribadi yang hanya boleh diakses oleh ahli.
  6. Penubuh skim ini turut mempromosikan program mereka melalui spam email atau forum-forum di Internet. ( Komen saya – ingat bukan semua skim yang dipromosikan melalui forum di Internet adalah palsu) .
  7. Laman web mereka direka secara professional untuk menyerupai perniagan sah. Ia dilengkapkan dengan harga stok secara langsung (real time stock prices), komen dan berita tentang pasaran pelaburan. Adakalanya link ke laman web pelaburan sebenar disertakan.
  8. Sesetengah laman web ini menawarkan perkhidmatan percuma seperti panduan asas tentang pasaran pelaburan, e-book dan akses kepada chatroom dan forum. (Harus diingatkan lagi sesetengah laman web sah mungkin menyediakan perkhidmatan sebegini).
  9. Pembayaran dilakukan melalui Internet kepada akaun yang berasal di luar pesisir (offshore account). Sesetengah pelabur hanya boleh melihat keuntungan maya mereka tapi perlu melalui proses yang berbelit-belit untuk mengeluarkan wang tersebut.

 

Pentingnya Pemeriksaan Latar Belakang Skim Pelaburan Internet

  1. Periksa lesen
    Jika anda mengenali identiti individu yang memberikan nasihan pelaburan secara online, pastikan anda merujuk Suruhanjaya Sekuriti untuk memastikan individu tersebut atau syarikat yang diwakili adalah berlesen.

  2. Dapatkan fakta.
    Jangan membuat keputusan untuk melabur berdasarkan nasihat yang tidak diminta melalui Internet. Periksa kesahihan maklumat yang diberikan melalui Bursa Malaysa, laporan tahunan syarikat, prospektur dan surat khabar.

  3. Lakukan penilaian sendiri
    Periksa maklumat yang anda perolehi daripada chatroom, forum dan laman web dengan melakukan penilaian peribadi. Rujuk kepada penasihat pelaburan berlesen untuk kepastian.
  4. Pedulikan mereka.
    Jika anda menerima nasihat pelaburan yang tidak diminta (unsolicited) daripada Internet dan anda tidak dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut dan anda tidak tahu siapa yang sebenarnya menyediakan perkhidmatan tersebut – keputusan terbaik yang anda boleh lakukan adalah jangan peduli dengan perkara tersebut.

 

Perkara di atas merupakan terjemahan artikel Suruhanjaya Sekuriti yang ditulis dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Saya turut selitkan beberapa komen peribadi untuk menjelaskan pandangan saya terhadap satu-satu poin di atas.

Untuk membaca artikel asal, sila klik di sini.

Saya telah membuat kajian terhadap kesahihan laman web Swiss Mutual Fund dan SwissCash.net di sini. Anda boleh gabungkan saranan Suruhanjaya Sekuriti dan maklumat yang saya temui untuk belajar mengenali laman web pelaburan palsu.

Maklumat yang saya sediakan hanyalah untuk tujuan pendidikan semata-mata. Untuk keterangan lanjut sila rujuk kepada penasihat pelaburan/undang-undang bertauliah dan laman web Suruhanjaya Sekuriti.

Related Posts
No related posts for this content
Gaman
 

  • Azmeen says:

    Damn, I was about to post something similar.

    I guess I could link to this post then 🙂

  • Kay Kastum says:

    Ini merupakan satu usaha yang baik. Saya harap ramai daripada rakan-rakan kita akan membaca pos ini dengan harapan mereka akan lebih berwaspada sebelum membuka dompet mereka secara melulu bagi mendapatkan keuntungan yang belumnya pasti.

  • butod says:

    yang kasihan yang beliau-beliau sama mama-mama di kg pun kana kempen ikut ni barang. Aiyaaa singkulai tul..

  • Samdol bin Tolol says:

    Satu artikel yang bernas.

    Pada pendapat saya, ada banyak “website” sebegini yang boleh dikategorikan sebagai “HYIP” (High Yield Investment Program) dalam internet.

    Apabila seseorang membuat “research” sendiri mengenai “Hedge Fund”, suatu perkara yang menakjubkan ditemui bahawa memang wujud suatu sistem program “investment” yang boleh mendatangkan pulangan yang tinggi.

    Soalnya disini, oleh kerana terlalu banyak skim “HYIP” didalam internet buat masa ini, kebanyakan orang ramai yang kurang arif mengenai “pelaburan” diTIPU oleh orang-orang/agen yang mengambil kesempatan diatas perkara tersebut.

    Oleh yang demikian, istilah “due diligence” perlu diguna pakai disini (siasat, nilai dan fikir).

    Saya juga ingin menyuarakan simpati saya terhadap bapa saudara saya yang telah melabur USD2,000 dalam skim seperti ini kerana hanya terpengaruh dengan cakap-cakap orang yang berstatus “tinggi” yang pada pendapat saya berniat kurang ikhlas dan tidak memaklumkan “risiko” sebenar mengenai pelaburan ini.

    Akhirkata, terpulang kepada seseorang individu itu sendiri untuk menilai kebenaran sesuatu “investment” tersebut. Perkara ini perlu dilihat dari kacamata “positive dan negative” dan terpulang kepada kemampuan “akal” masing-masing untuk menilai perkara tersebut.

    “Think Outside The Box”

    My 2 cents…

    • Gaman says:

      Masalahnya kebanyakan orang tidak mempunyai keupayaan untuk menilai skim begini lebih-lebih lagi kerana ramai rakyat Malaysia masih buta Internet.

      Undang-undang baru perlu digubal untuk melindungi mereka yang naive dalam hal sebegini dan mendakwa pengurus yang tidak bertanggungjawab kerana lari dengan wang haram.

      Kalau ia telah diaksanakan di negara-negara maju kenapa tidak di Malaysia?

  • TARABAS says:

    Saya tidak mau campur urusan agama.. TETAPI JANGAN HUKUM ORANG LAIN KERANA AGAMA..”LA KUM INUKUM WA LI YA DIN..” SAUDARA MENGHARAMKAN SEMUA, MAHU SUPAYA SEMUA TUTUP!!!! KENAPA PUSAT-PUSAT PELACURAN, PUSAT-PUSAT URUT “BATIN”, PUSAT LUMBA KUDA, PUSAT NUMBUR EKOR, GENTING, CHAW KIT RUD.., ANDA TIDAK BISING-BISING… atau anda bersubahat dengan PENGANJUR PELABIRAN INTERNET… ORANG SEMUA MELABUR LEPAS TU ANDA BISING..PENGANJUR KABUR..ANDA KOINGSI DI BELAKAN BANGUNAN SULTAN IDRIS, DEKAT MASJID INDIA….!!? SIAPA YANG GANTI RATUSAN RIBU DUIT PELABURAN TU… MENGAPA AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT TAK BISING PUN PASAL PELABURAN NI…WHY?WHY?WHY? COZZZZZ DEPA PUN ADA LABUR PUNYA….. ANDA KATA PELABURAN TU TIPU PUNYA… MASIH INGAT KE KERAJAN MATI-MATIAN JAMIN ASB, ASN, AMANAH SAHAM JOHOR, AMANAH SAHAM SEWLANGOR, SABAH DLL… TIDAK MUNGKIN TURUN BAWAH RM1.00…. HANG TAU… ADA CUMAN RM0.15 SEN JE… KERAJAN GANTI KE YANG RUGI RUGI RUGI RUGI RUGI TU…….. KALAU KERAJAN MENGHALALKAN OPRASI EMPAT EKOR,PUSAT2 URUT BATIN, PUSAT JUDI, LUMBA KUDA…. WHY NOT PELABURAN INTERNET…..?

  • […] fatwa negara sendiri telah mengharam’kan sebarang pelaburan di internet. Nah, kalau kau seorang Melayu, kau akan faham dengan sangat apa maksud haram & di’mana […]

    • Titiwansamajujaya says:

      faham atau tak faham anda mesti mau ingat Malaysia ada beberapa kaum dan keturunan iaitu cina india dll dan bukan hanya melayu islam jer….

  • […] telah menulis tentang panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk membantu orang ramai mengenal pasti pelaburan […]

  • kHATI says:

    Malas lah nak kata apa apa lagi mengenai tajuk ini lagi. Tinggal lagi harap tidak wujud gimik

  • calvin+60135726166. says:

    sebelum labur dalam internet, sila pasti alamat dan latar belakang syarikat. serta ambil gambar sepenuhnya siapa leader dalam kumpulan tersebut ? kediaman beliau ? kereta Nombor yang digunakan ? ambil gambar ketua kumpulan sebanyak-banbyaknya supaya apbila ada penipuan ,tuan boleh ambil tindakan sewajarnya.+60135726166. (ahli khidmat sosial)

  • asri says:

    i baru kena 2 ribu dari laman web epayads,cilaka

  • ryan says:

    yg pasti aku xsuka skim2 nh. sebab aku bkn tau pe2 pn..kah8…tp skag nh aku tgh wat research psal skim tipu2 yg ada kt m’sia kita nh..hmmm..rupa2nya byk bnda yg aku xtau..

  • putra ain says:

    PT EZ FAZ (EZ-FAZ)nama lama adalah 1 penipuan
    tengah hebat kat indonesia.
    hati dgn nik azman(CEO) ez faz konon
    nk bukti saya bole bg…
    nik azman nik azizan awas ko.

  • >
    Scroll Up